Saturday, December 31, 2011

NEW YEAR

BARU TENGOK CERITA SONGLAP
It's new year, Yeah.
Esman di sini Y'all.
Dan saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada pembaca blogku yang kerdil ini.
Harap dapat tulis blig dengan lebih kerap lagi.
INSHAALLAH
Dan tahniah kepada kumpulan Osbon sbb menang
MAHARAJA LAWAK MEGA
Diorang memang LEGEND
terutamanya ABON
tak lupa juga pada BOBOI
terutamanya AFDLIN SHAUKI yang memang gua minat
Filem-filem Hang baguih Afdlin
Majulah filem untuk negara
Saat paling bahagia 2011
Apabila dapat bersama keluarga tercinta.
Baru lepas tengok cerita SONGLAP
Seronok duaronok cerita tu
SAM memang terbaik
SARA ALI comeiii
FOSTER THE PEOPLE pun apa kurang bestnya
walaupun tak ada kena mengena dengan cerita SONGLAP
Lepas ini rasa macam nak tulis cerita
Lepas itu letak dekat BLOG
Menulis itu amalan sihat
Dapat juga aku keluarkan apa
yang ada dalam benak aku ni.
Merepek jugaklah cerita dia
Tapi untuk memperbaiki kelemahan aku
Aku kena terus menulis dan terus menulis
Untuk mencapai cita-cita aku
Menjadi seorang yang berjaya
Doakan aku
Dan semua orang yang mempunyai MIMPI
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

=P
 
     Helena. Salah satu sebab kenapa aku mengalami insomnia. Aku masih ingat lagi kali terakhir pertemuan kita.


     "Sudah tidak ada guna lagi kita berjumpa Emmett." Tangis Helena.
     "Kenapa Helena Winchester? Kenapa?"
     "Ayah sudah aturkan satu perkahwinan untuk aku. Aku tidak dibenarkan membantah."
     "Tapi," hatiku bergelora. "dengan siapakah kau akan berkahwin?"
     "Dengan Albert Holland, anak Sir Allan Holland."
     Tiba-tiba darahku menggelegak. Albert, kawan aku semenjak dari kecil dahulu sanggup merampas kekasihku. Dia sudah tahu yang aku sudah lama mencintai Helena, sanggup dia tikam belakang aku.
Aku terus mengambil topi hitamku lalu terus menuju ke pintu keluar rumah itu. Pelik, rumah ini dulunya dipenuhi dengan kebahagiaan, tetapi kini kelabu.
     "Selamat tinggal Helena." aku keluar menutup pintu.
     Kereta kudaku menunggu di luar rumah. Sam, pemandu kereta kuda itu memang hebat membaca ekspesi muka.
     "Tuan Emmett, tuan tak apa-apa?"
     "Tak ada apa-apa Sam, sekarang bawa aku pergi ke rumah Albert."
     Sam yang sudah lama bekerja dengan aku tidak perlu bertanya ke mana arah tujunya lagi. Hampir semua destinasi kebiasaanku telah dia hafal. Lalu kami terus ke rumah Albert. Dengan tenaga yang dicurahkan Steed dan Spitter, kuda-kudaku telah sampai ke tempat dituju dalam masa 7 minit sahaja.
     "Sudah sampai tuan." Sam memberitahu aku.
     Aku mengesat saki-baki air mataku sebelum keluar dari kereta kuda. Ya, aku menderita di dalam kereta kuda itu. Takdir begitu kejam padaku.
     Butler Albert, Jameson menyambut kehadiranku seperti biasa dibuatnya setiap kali aku melawat Albert.
     "Selamat petang tuan, tentu tuan ingin berjumpa dengan Albert. Nanti saya panggil dia."
     Aku menunggu selama 5 minit di ruang tamu sebelum Albert muncul. Hatinya sungguh gembira sekali. Mana tak gembiranya apabila perempuan paling menawan Winshire berada dalam genggaman.
     "Wah, gembira sekali kau Albert," aku menyindir. "Ada apa kau gembira begini?"
     "Aku akan dikahwinkan dengan wanita paling menawan sekali Emmett. Takkan aku tidak bergembira."
     "Oh, siapakah perempuan bertuah itu?"
     Albert yang mulanya bahagia mula perasan dengan sindiranku. Senyumannya bertukar muram. Dia mula menangkap bahawa aku hanya menyindir tadi.
     "Emmett, aku minta maaf Emmett. Ianya berlaku begitu pantas. Dengan hanya satu pandangan ke matanya, aku telah jatuh cinta. Aku mesti memilikinya. Aku harap kau faham Emmett. Helena, dia..."
     "Sanggup kau Albert, aku tidak sangka kau sanggup berlaku kejam pada kawanmu sendiri. Dulu semasa remaja dahulu, kau dan aku suka pada Milena Johnson, tetapi kerana kau suka padanya, aku memberi peluang kepada kau. Tetapi sekarang!" Aku melenting tidak dapat mengawal emosiku.
     Albert tidak dapat memberi rasional lagi atas tindakannya. Tangannya menggenggam erat seperti orang yang marah. Adakah aku yang bersalah dalam hal ini?
     "Aku rasa lebih baik kau keluar dari rumah aku Emmett. Kau dan aku bukan lagi kawan. Aku tidak mahu lihat lagi muka kau."
     Persahabatan yang terjalin semenjak dari kecil dibuang begitu sahaja. Albert memang keterlaluan. Amarahku terus bertukar menjadi sesalan sesudah sahaja mendengar kata-kata negatif Albert.
     "Sia-sia sahaja kita berkawan selama ini Albert. Aku harap kau akan terbakar di akhirat kelak."

     Aku terus pulang dan mengurung diri di rumah selama tiga bulan. Makan dan minumku tidak dijaga. Bulu-bulu di muka yand dahulu merimaskanku telah menjadi sebati dengan aku. Surat-surat yang sering dihantar oleh Helena semasa aku belajar di universiti dahulu menjadi penemanku. Aku jarang tidur.
     Akhirnya tibalah tarikh yang menderitakan. Hari ini, 13 Julai 1894, hari di mana Albert Holland akan dikahwinkan dengan Helena Winchester. Aku masih terperap di dalam bilik membayangkan kehidupan Albert dan Helena yang bahagia. Mereka mesti menertawakan aku dengan keadaanku sekarang ini. 
     Tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku membuka dan mendapati Sam yang berdiri di hadapanku menghulurkan sepucuk surat kepadaku. Aku masuk ke dalam bilik lalu terus membuka dan membaca isi kandungan surat itu.

kehadapan kekasihku, Emmett, aku harap kau sihat. Perkahwinanku dengan Albert akan berlangsung tidak lama lagi. Walaupun akan dikahwinkankan dengan Albert, aku mahu kau tahu bahawa hatiku adalah milikmu. Tidak ada satu saat pun aku tidak mengingati kau selama kita berkenalan. Walau bagaimanapun, aku berharap bahawa kita dapat teruskan hidup walau tuhan tidak mengizinkan kita bersama. Aku juga sentiasa berharap bahawa akan pada suatu hari nanti di mana tuhan akan mengizinkan kita bersama. Tapi apakan daya. Oleh itu, walau betapa pedih hati ini, aku harap kau dapat meneruskan hidup. Binalah hidup bersama orang lain kerana hidup keseorangan begitu menyeksakan.  

Kekasihmu,
Helena

      Tujuh tahun sudah berlalu semenjak aku pertama kali membaca surat itu. Semalam aku mendapat berita bahawa Helena telah membunuh diri. Dia telah meninggalkan sepucuk surat yang menyatakan dia tidak bahagia berumah tangga bersama Albert menyebabkan dia berlaku sedemikian. Aku menziarahi pusaranya bersama isteriku, Fiona dan juga anakku Helen yang baru berusia tiga tahun. Fiona mengetahui hubunganku dengan Helena kerana aku tidak pernah berahsia dengannya. Kami bahagia bersama. Tafsiranku yang aku tidak akan bahagia bersama orang lain selain Helena ternyata tidak benar. Menziarahi kuburnya benar-benar mengembalikan nostalgia. Kenangan aku bersamanya walau samar-samar kembali ke benakku satu per satu. Aku meninggalkan pusara itu meninggalkan sekuntum bunga ros hitam kegemarannya.

SELAMAT TINGGAL HELENA


MINTA MAAF KALAU ADA KESILAPAN DALAM PENULISAN

Friday, December 30, 2011

ZOMBIE ATTACK

     
      Aku baru sahaja dilanggar sebuah kereta MyVi berwarna merah. Beberapa bahagian pada bajuku koyak kecil. Aku cuba berdiri secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari dimakan zombi yang mengejar aku. Pintu bahagian pemandu dibuka. Kelihatan seorang lelaki bersenapang gajah keluar dari kenderaan beroda empat itu.
      Darah mula mengalir deras di bahagian lutut kiriku. Namun dengan adrenalin yang mengalir deras di seluruh badanku menahan aku dari merasa sakit. Lelaki itu mengendong aku terus meletakkan aku dalam bahagian belakang tempat duduk keretanya.
     "Nama aku Alim," katanya. "Maaf sebab aku terlanggar kau."
     "Tidak mengapa. Nama aku Firdaus."
     Lelaki yang bernama Alim itu terus masuk dan memandu kereta dengan lajunya. Habis semua zombi-zombi dihadapan dilanggar dengan kasarnya. Kereta MyVi yang kelihatan bersinar-sinar mula disirami darah pekat.


     Kami berhenti sekejap di sebuah stesen minyak terbiar apabila gas hampir habis. Dalam sekejap sahaja hubungan kami seperti kawan baik. Sementara berhenti, kami sempat berborak kosong ditemani asap rokok Dunhill. Alim menceritakan kisahnya. Dia pernah memiliki seorang isteri sebelum virus zombi dilepaskan ke seluruh dunia. Gambar isterinya yang menawan ditunjukkan kepadaku.
     "Malangnya, semasa kami cuba lari dari serangan zombi," Alex berjeda, "dia digigit oleh salah satu zombi yang mengejar kami."
     "Oh."
     Mata Alim mulai basah. Dialog kami berdua hanya sampai disitu. Minyak kereta sudah diisi. Kami meneruskan perjalanan ke kem tentera terdekat mengharapkan perlindungan di situ. Alim sentiasa fokus mendengar radio semasa memandu. Aku tidak dibenarkan bercakap dalam kereta.


     Semasa kami berada hampir-hampir memasuki daerah Negeri Sembilan, jalan kami dihalang oleh sekumpulan zombi. Agak mustahil untuk melepasi jalan itu dengan melanggar zombi-zombi itu. Kumpulan itu nampaknya diketuai oleh zombi yang berbadan besar yang fizikalnya menyerupai...
     "Itu bukan John Cena ke?" Alex menghalakan jari telunjuknya ke ketua zombi itu.
     Aku melihat ketuanya betul-betul. "Betul kata kau Alim, Itu John Cena. Tapi kenapa dia ada di Malaysia?"
     Alim keluar dari kereta bersama senapang gajahnya dan mula menembak zombi satu demi satu. Sejurus selepas itu, aku keluar dan membuka bonet kereta. Sebatang kayu besbol sahaja yang ada. Pasrah dengan apa yang ada, aku mula mengambil kayu itu lalu menghentam zombi-zombi itu.
     Strategi kami berdua adalah untuk menghancurkan otak-otak zombi bawahan dahulu sebalum ke ketuanya. Zombi John Cena yang tak habis-habis membuat trademark 'u can't see me' sering mengejar kami. Aku dan Alim akan berlari jauh-jauh apabila dekat dengan raksasa itu.
     "Aku dah habis peluru." teriak Alim yang berada kira-kira 2 meter jauh dariku.
     "Tunggu, aku datang."
     Aku terus pecut ke arah Alim. Sudah terlambat nampaknya, John Cena telah menggigit leher Alim; Darah merah terpancut keluar. Alim meraung kuat kemudian jatuh tersungkur apabila John Cena selesai menggigitnya. Baki-baki Zombi seramai 5 orang mengalihkan perhatian mereka kepadaku. Aku tergamam, kaku untuk melakukan sebarang pergerakan.
     Setapak demi setapak, kelima-lima zombi itu mula mendekati aku. Mata air mula mengalir deras ke pipiku. Inikah penghujung nyawaku? Adakah aku akan tidak akan dapat berjumpa dengan Maisara, kekasihku yang menunggu aku di Batu Pahat, Johor.
     Hampir sahaja John Cena menggengamku, aku tersedar dari pergolakan emosiku. Aku masih boleh mengatasi masalah ini. Sebaik sahaja jari hantu John Cena menyentuh aku, hentakan padu kayu besbal ditepekkan ke pipinya. John Cena terundur lima langkah hasil pukulan aku.
    Aku terus menghentam dan terus menghentam John Cena. Tidak sempat dia menahan seranganku, pukulan seterusnya telah sampai ke mukanya. Hampir hancur mukanya aku kerjakan. Badannya masih bergerak walaupun tidak mempunyai kepala, namun akhirnya tumbang setelah lima saat terhuyung-hayang seperti orang mabuk. Dengan itu, Zombi-zombi yang lain dapat dikalahkan dengan mudah.
     "Firdaus!," Alim dengan kudrat terakhirnya memanggil aku.
     Aku terus berlari ke Alim.
     "Maafkan aku Alim, aku tidak dapat menyelamatkan kau."
     "Aku nak kau bunuh aku sebelum aku bertukar menjadi zombi."
     "Baik Alim, aku akan tunaikan permintaan kau."
     Walaupun berat hati aku untuk melakukannya, ini adalah jalan yang terbaik untuk Alim. Aku tidak sampai hati memikirkan seorang sahabat walau hanya berkenalan untuk seketika menjadi zombi. Setelah Alim mengucap syahadah, aku terus menghancurkan kepalanya dengan kayu di genggaman. Darahnya memercik-mercik ke mukaku. Air mata semakin deras hingga aku tersedu-sedu menahan perasaan. Pedih!
     Perjalanan harus diteruskan, aku meninggalkan mayat Alim disitu bersama-sama mayat-mayat zombi yang lain. Aku takut untuk meletakkan sebarang mayat dalam kerataku. Trauma. Harap roh Alim mengerti rasionalnya aku berbuat begitu. Dompetnya aku ambil untuk mengingati pengorbanan beliau.


TERIMA KASIH ALIM...
   

Wednesday, December 28, 2011

RUANGAN MERAPU

     Aku mula membuka mata. Kipas dinding yang berputar laju kelihatan menandakan yang aku telah sedar dari tidurku. Jam loceng berbunyi kuat. Jarum jam yang pendek tepat menghala ke nombor 6 manakala jarum yang panjang pula hampir-hampir pada nombor 2. Aku segara menukarkan posisiku dari baring ke duduk, menggeliat dan termenung selama seminit lalu terus ke bilik mandi.
     Bagaikan beribu-ribu jarum tajam menusuk ke kulitku apabila aku mencurahkan air ke seluruh anggota badanku bagi menyuci dan menyegarkan diri. Sejuk airnya tidak terhingga. Aku keluar dari bilik mandi tergigil-gigil. Lalu aku memakaikan pakaian ke seluruh badanku. Kelihatan segak sekali kombinasi baju dan seluar aku pada hari ini.
     Setelah bersarapan, aku terus berjalan menuju ke pintu. Seperti yang di dalam rancangan pada hari ini, aku akan berjumpa dengan Sara sebentar lagi. Sementara menunggu bas Rapid KL, aku asyik membayangkan senyuman Sara yang menawan ditambah pula apabila giginya dihiasi dengan pendakap gigi. Kaca matanya yang tebal menambah seribu satu seri di mata si anak dara itu.
     Bas yang aku tunggu telah sampai tepat pukul 7.00 pagi. Seperti biasa, Raju, pemandu bas yang aku kenal setelah lama menjadi pengguna utama basnya menyapa aku dengan mesra. Teet!, aku scan kad 'rabbit' aku ke mesin scanner. Hanya tinggal RM0.50 sahaja baki. Lantaklah, lain kali aku boleh reload
     KLCC, tempat yang Sara janji untuk berjumpa, telah aku pijak tanahnya. Baru pukul 10.30 pagi, masih ada 30 minit lagi sebelum dia muncul. Walaupun keinginan untuk bersiar-siar sementara menunggu kehadirannya membuak-buak, aku tetap membatukan kakiku di tempat yang dijanjikan semata-mata untuk menunggu Sara. Bak kata seorang mat dispatch yang aku tak beberapa nak ingat biodatanya, "Dalam hati ada taman". Jika benarlah penyataan dia, mungkin hatiku baru sahaja menanam benih dalam hatiku. Harap-harap indahlah taman yang aku sedang usahakan ini. 
     Pukul 11.25 pagi, barulah aku nampak batang hidung si Sara ini. Bertocang dua, serta berbaju kurung berwarna merah berbunga-bunga membuat hati aku berdegup laju secara tiba-tiba. Lidah terus kelu tak terkata.
   "Assalamulaikum." Sara memberi salam.
   "waalaikumsalam." aku menjawab, tersenyum tersipu malu, hilang machonya.
   "Dah lama ke abang tunggu Sara. Maaflah, Sara tadi tak tahu nak pakai baju apa, confuse."
   "Tak ada lah, abang baru je sampai," aku membalas sambil menyembunyikan kebenaran bahawa lebih 30 minit aku menunggu. "Sara tak lambat pun."
   Makan, benda pertama yang kita berdua lakukan setelah berjumpa. Bibir merahnya yang sentiasa bergerak menyelamatkan keadaan kerana berdebar rasanya untuk meluahkan apa-apa perkataan di bibirku. Aku hanya tersenyum mendengar ceritanya sambil kita berdua menjamu makanan di medan selera.
     "Sara rasa seronok sangat dapat jumpa abang hari ini. Lagi pun, ini kali kedua Sara jumpa dengan abang. Selalu, kita chat dekat Facebook je."

***

     Aku terkenang kembali kali pertama aku berjumpa dengan Sara. Semasa itu, aku sedang melanjutkan pelajaran di universiti dan baru sahaja mula cuti pertengahan tahun. Oleh kerana bosan dengan suasana urban Kuala Lumpur, aku telah ikut Rahim bercuti di rumah keluarganya di Seremban. Ketika itu, semasa bersiar-siar di sekitar kawasan, aku telah masuk ke dalam sebuah kedai runcit untuk membeli sekotak rokok. Di situlah aku berjumpa dengan Sara. Senyuman pertamanya yang dilemparkan kepada aku terus mencairkan hatiku. Lalu aku terus menjadi pembeli setia di kedai itu.
     Setiap kali datang, ada sahaja barang yang aku beli. Semasa Sara mengira harga barang-barang yang aku beli, aku sengaja menanyakan soalan-soalan yang merapu kepadanya. Kadang-kadang dia menjawab, dan ada kalanya juga dia enggan menjawab dan hanya membalasnya dengan senyuman yang dihiasi dengan pendakap gigi yang bersinar. Aku tidak sangka yang aku akan cair dengan gadis yang bergigi besi. 
     Pada kali terakhir lawatan aku ke kedai itu, aku meminta nombor telefon bimbitnya. Tidak sia-sia usahaku kerap ke kedainya apabila 10 digit dalam susunan tertentu telah ditulisnya pada satu kertas kecil dan diberikan kepadaku.
     Semenjak itu, kami kerap berSMS. Sebulan selepas itu, kami menggunakan chatroom di Facebook bagi menjimatkan penggunaan kredit. Selalunya kami hanya berbual kosong. Perbualan kami selama ini membawa kepada hari ini.

***

     Kembali pada apa yang berlaku sekarang. Sesudah sahaja kami menjamah makanan, ke panggung wayanglah destinasi kami. Antara Songlap, Ombak Rindu, atau Mission Impossible 4 adalah pilihan kami.
Setelah memberikan sebab-sebab yang bernas, akhirnya Sara berjaya meyakinkan aku untuk menonton filem Songlap.

BERSAMBUNG... MAAF KALAU BAHASANYA TAK BEBERAPA SEDAP

Thursday, September 22, 2011

PRICELESS CURRY

Hi, pagi ni nak letak byk sikit gambar, biar ceria page ni...
Gambar budak baru belajar edit picture...

Ni gua nak citer sikit arr satu citer ni,

Terdapat sekawan bdk yang suka bermain-main di kawasan terlarang,
So satu hari diorang terasa nak pergi main kat kawasan perkuburan,
So diorang jumpa satu kelibat perempuan,
Semua rasa takut pasal time tu malam,
Cuba bayangkan kelibat perempuan malam2,
Mana nak cari wei,
So dlm sekumpulan bdk2 tu,
Yg paling tua pergi tegur perempuan itu,
"Assalamualaikum"
"Waalaikummussalam"
Semua bdk2 lain mula la buat muka rilek sbb perempuan tu bagi salam,
So conversation continue,
"Ni nak panggil akak ke mak cik ni?"
"Panggil I Sally je"
"Aik, nama macam Mat Salleh"
"I bukan Mat Salleh, I Minah Salleh"
"Oh, maafkan saya, buat apa Cik Sally buat kat sini malam2?"
"Cari mangsa..."
Bdk2 semua mula takut,
"Mangsa apa Cik Sally"
"Mangsa LOVEBITE I la. I kesunyian"
Nafsu bdk2 tu mula naik,
Siap ada yang dah terpancut dalam seluar,
Perempuan itu mula memainkan lagu balada 90an,
Di radio yang tiba2 berada di sebelahnya,
Bagi menaikkan mood romantik,
Bdk2 tu mula membuka seluar mereka,
Tapi bdk2 belum melihat lagi muka perempuan itu,
"Cik Sally, boleh x cik Sally tunjuk muka kat kitaorang yang horny nie sikit"
"Boleh je"
Perempuan itu menoleh mukanya...
Hi, I Sally...
Semua bdk2 tu lari lintang-pukang,
Dalam keadaan berbogel...
THE END

Saya minta maaf kalau cerita ni menakutkan anda, atau mengandungi beberapa elemen-elemen yang tak sesuai dengan korang. Memang niat aku nak buat anda pembaca di sana rasa tak selesa. Tapi ada moralkan dalam cerita tu? Tukar topik, Tengah dengar lagu JASON MRAZ- GEEK IN THE PINK. Cuba cari kat YOUTUBE mesti jumpa. Sedap suara JASON MRAZ terutama dalam I'M YOURS.

NAK CERITA APA LAGI???
Nak cerita,
Aku ni LOSER ,
Tapi aku sentiasa nak memperbaiki diri,
So tujuan aku buat blog ni nak rajinkan diri,
Supaya aku dapat jadi org yang berjaya dalam masa depan,
Jadi doakan aku ye...
Jadi aku selitkan procrastination punya mind map

Nothing to say anymore,
But bye,
Nanti ada surprise utk yg menunggu...

HOLEY SHEET

Dah lama x update, pasal hidup x tentu pasal. Rasa nak makan roti warna coklat tu.
Aku ada  HATI STEREO
yg membuatkan aku SUKA CARA AWAK MENIPU
Jangan  fikir yang HEI DELILAH DISANA mampu mendengar
Luahan hati dan PERGERAKAN SEPERTI JAGGER
Membuatkan si pemerapu mendengar TIK TOK di jam
membuat aku mendengar LAGU MALAS
supaya kita semua GEMBIRA BERSAMA

Aku rasa nak selitkan gambar ni. X tau kenapa???
Dah macam xde idea. Tapi esok mungkin nak update lagi. Hanya kemerapuan membara di jiwa.

DETH IS ONLY DE BEGINNIN' YA'LL
!!!

Thursday, August 25, 2011

CORETAN BUDAK BODOH

(SKEMA MODE:ON)
Saya nak mengambil kesempatan ni utk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-4. Semoga Malaysia kekal aman dan sentosa.
YEAH!!!
Saya nak celoteh sikit pasal seorang direktor filem yg saya minat. Tak nak bagitahu la siapa dia tapi saya panggil dia ASA dlm celoteh ni.

(SKEMA MODE: OFF)
GUA MINAT GILER FILEM DIA!!!

Kebijaksanaan dia dalam membikin filem terutamanya filem komedi membuatkan gua terus WOW, BESTNYER CITER NIE... setiap kali wa tgk citer dia. Kalau x silap gua, filem pertamanya, Bull-E  (Spin-off Wall-E) berjaya membuat gua "T_T" tgk. Walaupun komedi, tapi ada isi dan "heartwarming" la. Menceritakan tentang seorang lelaki yang selalu dibuli oleh rakan sekerjanya. Filem dia lagi satu yang paling gua minat: Faa Faa Doom, yg mengetangahkan tema kasih sayang seorang bapak kpd anaknya. Antara filem dia yg paling xleh "Bla", filem "Found And Lost", boleh dikatakan filem dia paling berjaya membuat aku gelak.  :D. Gua doakan yg terbaik utk mamat nih... LOVE U FOREVER ASA even I am a stranger to you...

P/s: But still, Mai Sepai sucks (only a lil' bit entertaining)...

Apa-apa pun, saya nak bagitahu saya masih lagi single...

Gua tgh layan lagu nih. Lagu apa, gua x tahu arr... Nak bercerita pasal lagu, Gua minat satu lagu nie... LOSE YOURSELF. Lagu nie adalah lagu EMINEM. lagu nie dijadikan soundtrack utk filem 8 Mile yg gua rekomen kat korang 2 pos yang lepas. Rentak lagu ditemani rap EMINEM yg laju membuatkan lagu ini digemari gua derr...
NI POSTER FILEM 8 MILE
(kalau korang sedar, ni baru kali pertama gua selitkan gambar dalam post)

ANYWAY, nie ada gambar kucing... CUTE... Rasanya antara gambar-gambar kucing yg paling byk di"download" kat internet...


MEEEEOOOOOOOOOOOWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWWW!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Gua nak mintak maaf kalo ada yg terguris salama gua bukak blog nie. Nah gula-gula... :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DAN SELAMAT MENYAMBUT SAKI-BAKI HARI PUASA KITA YG TINGGAL
DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI-HARI BIASA YANG LAIN...

Monday, August 22, 2011

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Semangat nak update blog,
So here goes nothing, 
...
Macam xde idea plak nak citer ape???
Nanti je la citer...
Asalkan aku dah update sudah...

Sunday, August 21, 2011

LOLIPOP-LOLIPOP CINTA

Yo, word up!
 Esman in the house yo...
Bersama Roommate sem 3
Hary Harith, Shiro Petta Petto, Shahrul Sabi
nama fb diorang...
Nama fb aku: Esman Hafis

Gua nak ambil kesempatan ni nak cerita pasal "Kek Lapis Gengster" yg baru2 ni mendapat 11 ke 12 juta di Malaysia. Tahniah gua ucapkan kepada direktor dia. Filem dia mmg best dan memaparkan aksi2 terhebat.

Tetiba plak gua sakit perut.

Tapi sebelum gua chow ke tandas, gua nak cerita sikit pengalaman gua semenjak gua menyepi di dunia blog ni. Watper gua nak update selalu, x ramai puwn views. mungkin gua patut promote skit blog nie. Ada kwn gua ckp semerapu gua pun, dia enjoy.

Berita Gembira...
Cerita dan idea gua yg gua cerita kat lecturer2 gua sumenya dpt feedback gempak. Gua rasa happy la. Inilah langkah pertama gua nak jadi pembikin filem. Insyaallah.

YAY!!!

Nak cerita pasal Spider-man, hero kegemaran gua. Filem reboot: The Amazing Spider-man nak keluar thn depan. Hope lagi gempak dari filem yg terdahulu lah.

Akak kegemaran gua, Lisa Surihani berpacaran dgn Yusry KRU membuatkan gua hot gile... Xpe Esman, bunga bukan sekuntum. Dah masuk bab Lisa Surihani, gua nak cerita pengalaman gua skit la. Gua sebenarnya x pernah jumpa Kak Lisa, tapi gua pengikut dia kot. Dari time dia muncul kat NTV7 dlm program kanak2 tuh sampai lah skarang.

DIA TETAP KIUT DI MATA AKU walaupun masa menelan keremajaannya. Heck, sampai dia tinggal tengkorak pun, ak tetap ske kat dia la. T_T sbb dia dah ada bf dan bakal kahwin Insyaallah. Anyway, gua doakan yg terbaik utk dia. SYG KAK LISA. WHOAH!!!
 (I'd be so surprised if she read this)

Yo, panjang gak aku tulis mlm nie. Macam ada seribu satu benda je nak cerita. So aku dah decide nak promo gak blog nie walaupun merapu "level 10". Dah mula dah gua terbayangkan Ais-krim perisa petai.

Hei, kalau korang minat Eminem, korang kene tgk citer nie...
8 MILE... Dia berlakon...
WARNING: Contains explicit contents...

PEACE OUT, HOME DAWG...

Friday, June 24, 2011

Patience Is A Virtue

Mengenang kembali nasib hidupku,
Ada yang malang,
Ada juga yang bertuah,
Ni den nak citer sikit nie,
Pasal kehidupan gue yg malang,
Aku selalu fikir yang kehidupanku ni malang,
Tapi walau macam mana susah aku hendak mengubah persepsi itu,
Tak dapat juga tuan punya badan nak mengubahnya,
Lecturer aku cakap pergi cari awek bagi sedikit motivasi untuk kehidupan malangku ini,
Tapi aku rasa ini bukan masa untuk aku cari awek,
Walau bagaimanapun aku tetap akan berusaha untuk mengubah nasibku,
Ini janji aku yang aku mesti tunaikan kepada diri sendiri,

SEMOGA BERJAYA ESMAN...

Thursday, May 5, 2011

MEMANG KERJA AKU TULIS BLOG MALAM2 NI!!!

BARU habis marathon Maharaja Lawak...
Antara yang aku suka...
Jozan, Sepah, Nabil, N JAMBU...
JAMBU TERBAIK...
Bagi aku...

Tangan aku penat menaip,
Nak cerita pasal masa aku kat Sekolah Menengah,
Sekolah Menengah aku dekat SMK Dato Ahmad Razali,
Antara sekolah terbaik kat Ampang,
Kawan aku paling rapat,
GAN, FITRI, ELAN,
N ramai lagi,
Aku dulu seorang budak BLE,
Kawan pun Panggil aku BLE...
Dah x tahu nak cakap ape dah...

Rasanya bila lah aku nak letak gambar dalam blog nie???
Entah la???

Wednesday, May 4, 2011

KARIPAP BERSAMA KENANGAN

Busan...
Tak tahu nak tulis apa
???

Well,
I would like to take this time to talk about...
LOVE.
What is LOVE...
What significance does LOVE makes to this world?
LOVE is CINTA
Cinta kepada tuhan itu semestinyalah,
tapi cinta sesama manusia...
And I'm not talking only about the romantic ones,
I'm talking about love among different races...

Sekarang kita tak dapat lari dari masalah "racism"
Melayu serang Cina,
Cina serang Melayu,
Melayu serang India,
India serang Cina,
Cina serang Cina,
Melayu serang Melayu,

Tak lupa juga agama,

Islam serang Hindu,
Hindu serang Kristian,
Kristian serang Ayah Pin,
Dan sebagainya...

Kita dapat dengar orang bercerita pasal cinta di serata tempat,
Tapi dunia tetap bergaduh,
Jadi renung-renungkan...
...

Sekarang tengah tulis BLOG ni kat rumah kawan,
Iqram Mianji a.k.a BOY,
Baru habis makan karipap,
So lain kali la geng,
Sebab dah kena tutup komputer ni...

GUD LUK IN LIFE

Saturday, April 30, 2011

BAU BURGER DI LUBANG HIDUNGKU

"I" nak ambil kesempatan ini untuk meluahkan perasaan "I" tentang kualiti filem kat Malaysia. Aku takut la, takut kalau nanti aku tak ada rezeki nak buat filem. Itu memang cita-cita aku: Nak buat filem gempak yang mendapat perhatian dunia. Cerita tu tak perlu jadi antara cerita terbaik dunia, tapi kalau boleh, ada fanbase dia la. Sekarang aku tengok, banyak betul filem Malaysia yang keluar tahun ini. Masalahnya, lambakan filem Malaysia tapi sambutan macam "haram". Yang aku tengok filem dapat sambutan tahun ni:
-KHUFIRAT-
-HIKAYAT TERUNG MAHAWANGSA-
-HANTU KAK LIMAU BALIK RUMAH-
Banyak juga filem Malaysia yang rugi sekarang. Harapan aku nanti, kita dapat tambahkan jumlah panggung dekat Malaysia. Aku juga berharap kualiti filem negara Malaysia dapat ditingkatkan supaya filem kita berkualiti global.

Dan orang pula sibuk dengan AstroFirst. Dengan AstroFirst ni, aku takut sambutan orang ke panggung wayang akan lebih kepada filem-filem luar. Aku malas nak tulis apa fungsi AstroFirst ni, korang search la sendiri.

Dengar kata, kita digempurkan dengan cerita Superman baru melepaskan kewarganegaraan Amerika, jadi mari kita sama-sama mempromokan kelebihan kerakyatan jus soli kepada Superman agar dia masuk warganegara Malaysia (walaupun jus soli agak tak terikat dengan kerakyatan Amerika). MERAPU...

Aku nak citer jugak pasal filem Hindustan. Citer Hindustan memang best. Aku paling suka Dilwane Dulhaniya Le Jayenge (betul ke aku eja?). Itu je la aku nak citer pasal Hindustan kali ni.

Aku pun nak cuba bercerita sikit pasal burger. Korang pernah makan burger perisa ceri tak? Aku tak pernah. Tapi kalau ada orang ada, aku nak try. Macam burger jenis tu wujud pulak, tapi mana tahu, dunia kan dah pelik dah sekarang ni, mungkin ada burger macam tu.

AKU SUKA BURGER AYAM SPECIAL
dengan SPICY CHICKEN McDELUXE
dengan BENJO...
SEMUA JENIS BURGER HALAL
kecuali BURGER PERISA PETAI(x pernah cuba)

DAH la. PENAT merapu. MAYBE next time...
HEHE :)

Friday, April 29, 2011

Dah lama x makan nasi lemak

Satu...
Dua...
Tiga...
Tiga nombor yang agak terkenal,
Di bibir-bibir manusia,
Tapi kadang-kadang kita tidak sedar kemewahan memeiliki tiga nombor ni,

Dah lama tak post blog tak tahu nak tulis apa,
Tapi selalunya merapu,
Jadi hentamlah...

Semasa ketiadaan saya di dunia blog,
Saya telah "develop" satu kegilaan terhadap kucing,
Mana-mana kucing pun saya suka,

Sekarang saya tulis ni masa nak habis sem 2,
Sedih...
Ramai kawan dah hilang dari pandangan,
Kawan-kawan 4E10,
Antara kawan-kawan yang paling saya hargai,
IQRAM(BOY) , PAAN(CHIP) , SHAHRUL(B-MAN),
Dan ramai lagi sebenarnya,
Tapi malas nak bagitau