Friday, December 30, 2011

ZOMBIE ATTACK

     
      Aku baru sahaja dilanggar sebuah kereta MyVi berwarna merah. Beberapa bahagian pada bajuku koyak kecil. Aku cuba berdiri secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari dimakan zombi yang mengejar aku. Pintu bahagian pemandu dibuka. Kelihatan seorang lelaki bersenapang gajah keluar dari kenderaan beroda empat itu.
      Darah mula mengalir deras di bahagian lutut kiriku. Namun dengan adrenalin yang mengalir deras di seluruh badanku menahan aku dari merasa sakit. Lelaki itu mengendong aku terus meletakkan aku dalam bahagian belakang tempat duduk keretanya.
     "Nama aku Alim," katanya. "Maaf sebab aku terlanggar kau."
     "Tidak mengapa. Nama aku Firdaus."
     Lelaki yang bernama Alim itu terus masuk dan memandu kereta dengan lajunya. Habis semua zombi-zombi dihadapan dilanggar dengan kasarnya. Kereta MyVi yang kelihatan bersinar-sinar mula disirami darah pekat.


     Kami berhenti sekejap di sebuah stesen minyak terbiar apabila gas hampir habis. Dalam sekejap sahaja hubungan kami seperti kawan baik. Sementara berhenti, kami sempat berborak kosong ditemani asap rokok Dunhill. Alim menceritakan kisahnya. Dia pernah memiliki seorang isteri sebelum virus zombi dilepaskan ke seluruh dunia. Gambar isterinya yang menawan ditunjukkan kepadaku.
     "Malangnya, semasa kami cuba lari dari serangan zombi," Alex berjeda, "dia digigit oleh salah satu zombi yang mengejar kami."
     "Oh."
     Mata Alim mulai basah. Dialog kami berdua hanya sampai disitu. Minyak kereta sudah diisi. Kami meneruskan perjalanan ke kem tentera terdekat mengharapkan perlindungan di situ. Alim sentiasa fokus mendengar radio semasa memandu. Aku tidak dibenarkan bercakap dalam kereta.


     Semasa kami berada hampir-hampir memasuki daerah Negeri Sembilan, jalan kami dihalang oleh sekumpulan zombi. Agak mustahil untuk melepasi jalan itu dengan melanggar zombi-zombi itu. Kumpulan itu nampaknya diketuai oleh zombi yang berbadan besar yang fizikalnya menyerupai...
     "Itu bukan John Cena ke?" Alex menghalakan jari telunjuknya ke ketua zombi itu.
     Aku melihat ketuanya betul-betul. "Betul kata kau Alim, Itu John Cena. Tapi kenapa dia ada di Malaysia?"
     Alim keluar dari kereta bersama senapang gajahnya dan mula menembak zombi satu demi satu. Sejurus selepas itu, aku keluar dan membuka bonet kereta. Sebatang kayu besbol sahaja yang ada. Pasrah dengan apa yang ada, aku mula mengambil kayu itu lalu menghentam zombi-zombi itu.
     Strategi kami berdua adalah untuk menghancurkan otak-otak zombi bawahan dahulu sebalum ke ketuanya. Zombi John Cena yang tak habis-habis membuat trademark 'u can't see me' sering mengejar kami. Aku dan Alim akan berlari jauh-jauh apabila dekat dengan raksasa itu.
     "Aku dah habis peluru." teriak Alim yang berada kira-kira 2 meter jauh dariku.
     "Tunggu, aku datang."
     Aku terus pecut ke arah Alim. Sudah terlambat nampaknya, John Cena telah menggigit leher Alim; Darah merah terpancut keluar. Alim meraung kuat kemudian jatuh tersungkur apabila John Cena selesai menggigitnya. Baki-baki Zombi seramai 5 orang mengalihkan perhatian mereka kepadaku. Aku tergamam, kaku untuk melakukan sebarang pergerakan.
     Setapak demi setapak, kelima-lima zombi itu mula mendekati aku. Mata air mula mengalir deras ke pipiku. Inikah penghujung nyawaku? Adakah aku akan tidak akan dapat berjumpa dengan Maisara, kekasihku yang menunggu aku di Batu Pahat, Johor.
     Hampir sahaja John Cena menggengamku, aku tersedar dari pergolakan emosiku. Aku masih boleh mengatasi masalah ini. Sebaik sahaja jari hantu John Cena menyentuh aku, hentakan padu kayu besbal ditepekkan ke pipinya. John Cena terundur lima langkah hasil pukulan aku.
    Aku terus menghentam dan terus menghentam John Cena. Tidak sempat dia menahan seranganku, pukulan seterusnya telah sampai ke mukanya. Hampir hancur mukanya aku kerjakan. Badannya masih bergerak walaupun tidak mempunyai kepala, namun akhirnya tumbang setelah lima saat terhuyung-hayang seperti orang mabuk. Dengan itu, Zombi-zombi yang lain dapat dikalahkan dengan mudah.
     "Firdaus!," Alim dengan kudrat terakhirnya memanggil aku.
     Aku terus berlari ke Alim.
     "Maafkan aku Alim, aku tidak dapat menyelamatkan kau."
     "Aku nak kau bunuh aku sebelum aku bertukar menjadi zombi."
     "Baik Alim, aku akan tunaikan permintaan kau."
     Walaupun berat hati aku untuk melakukannya, ini adalah jalan yang terbaik untuk Alim. Aku tidak sampai hati memikirkan seorang sahabat walau hanya berkenalan untuk seketika menjadi zombi. Setelah Alim mengucap syahadah, aku terus menghancurkan kepalanya dengan kayu di genggaman. Darahnya memercik-mercik ke mukaku. Air mata semakin deras hingga aku tersedu-sedu menahan perasaan. Pedih!
     Perjalanan harus diteruskan, aku meninggalkan mayat Alim disitu bersama-sama mayat-mayat zombi yang lain. Aku takut untuk meletakkan sebarang mayat dalam kerataku. Trauma. Harap roh Alim mengerti rasionalnya aku berbuat begitu. Dompetnya aku ambil untuk mengingati pengorbanan beliau.


TERIMA KASIH ALIM...
   

No comments:

Post a Comment