Saturday, April 30, 2011

BAU BURGER DI LUBANG HIDUNGKU

"I" nak ambil kesempatan ini untuk meluahkan perasaan "I" tentang kualiti filem kat Malaysia. Aku takut la, takut kalau nanti aku tak ada rezeki nak buat filem. Itu memang cita-cita aku: Nak buat filem gempak yang mendapat perhatian dunia. Cerita tu tak perlu jadi antara cerita terbaik dunia, tapi kalau boleh, ada fanbase dia la. Sekarang aku tengok, banyak betul filem Malaysia yang keluar tahun ini. Masalahnya, lambakan filem Malaysia tapi sambutan macam "haram". Yang aku tengok filem dapat sambutan tahun ni:
-KHUFIRAT-
-HIKAYAT TERUNG MAHAWANGSA-
-HANTU KAK LIMAU BALIK RUMAH-
Banyak juga filem Malaysia yang rugi sekarang. Harapan aku nanti, kita dapat tambahkan jumlah panggung dekat Malaysia. Aku juga berharap kualiti filem negara Malaysia dapat ditingkatkan supaya filem kita berkualiti global.

Dan orang pula sibuk dengan AstroFirst. Dengan AstroFirst ni, aku takut sambutan orang ke panggung wayang akan lebih kepada filem-filem luar. Aku malas nak tulis apa fungsi AstroFirst ni, korang search la sendiri.

Dengar kata, kita digempurkan dengan cerita Superman baru melepaskan kewarganegaraan Amerika, jadi mari kita sama-sama mempromokan kelebihan kerakyatan jus soli kepada Superman agar dia masuk warganegara Malaysia (walaupun jus soli agak tak terikat dengan kerakyatan Amerika). MERAPU...

Aku nak citer jugak pasal filem Hindustan. Citer Hindustan memang best. Aku paling suka Dilwane Dulhaniya Le Jayenge (betul ke aku eja?). Itu je la aku nak citer pasal Hindustan kali ni.

Aku pun nak cuba bercerita sikit pasal burger. Korang pernah makan burger perisa ceri tak? Aku tak pernah. Tapi kalau ada orang ada, aku nak try. Macam burger jenis tu wujud pulak, tapi mana tahu, dunia kan dah pelik dah sekarang ni, mungkin ada burger macam tu.

AKU SUKA BURGER AYAM SPECIAL
dengan SPICY CHICKEN McDELUXE
dengan BENJO...
SEMUA JENIS BURGER HALAL
kecuali BURGER PERISA PETAI(x pernah cuba)

DAH la. PENAT merapu. MAYBE next time...
HEHE :)

2 comments:

  1. teman setuju dengan idea kamu tu, mencuba makan burger perisa petai. macam best. hahhaiii....

    ReplyDelete